Hamilton wira moden GP Britain

Hamilton wira moden GP Britain

SILVERSTONE, United Kingdom, 7 Julai (AFP) – Lewis Hamilton adalah wira Grand Prix British yang paling moden selepas memenangi Grand Prix British ketiganya di Silverstone Ahad lalu, sekali gus menjadi ikon global dan lelaki paling gembira di dunia.

Hamilton yang jelas selesa dengan statusnya sebagai juara dunia dua kali mendedahkannya dalam hubungannya bersama peminat generasi muda Britain sukan itu seperti dia menikmati kemasyhuran dan kemewahan.

Selepas beberapa tahun tunjuk perangai secara umum dan reaksi terburu-buru, pemandu England berusia 30 tahun itu dilihat telah menemui siapa dirinya.

Dia juga gembira dengan kehidupan ketika berlumba dengan kelajuan luar biasa, bersemangat dan mampu mengawal diri dengan di antara Grand Prix ke Grand Prix yang lain, beliau sentiasa mendapat sambutan meriah.

Dari Cannes ke Glastonbury dan Manhattan ke sebahagian taman percutian terkenal Mediterranean melalui pelbagai studio rakaman dan set filem, Hamilton menurutkan apa yang dikatakannya sebagai ‘gaya hidup rock ‘n roll’.

Lewis Hamilton memegang trofi di depan peminat selepas memenangi Grand Prix British di Litar Silverstone kelmarin. – Reuters
Lewis Hamilton memegang trofi di depan peminat selepas memenangi Grand Prix British di Litar Silverstone kelmarin. – Reuters

“Ya, saya menghidupkan impian saya,” katanya. “Saya menyukainya dan mahu melakukannya sekarang kerana anda tidak tahu jika berpeluang sekali lagi jika tidak mendapatkannya. Jadi saya banyak berada di atas pesawat dan di hotel!”

Keranggian dari segi pakaian dan gaya hidupnya yang disokong oleh sebahagian ketua F1 yang lama berkhidmat, Bernie Ecclestone, 84, tetapi dipersoalkan oleh beberapa yang lain termasuk juara dunia senegaranya Damon Hill.

Hamilton tidak sedikit pun ambil peduli. Dia mengembalikan hubungannya bersama peminat di Britain dan seluruh dunia sekali gus memberikan F1 platform pemasaran yang dihargai Ecclestone.

Di Silverstone, dia merasakan sokongan memberikannya tenaga.

ARTIKEL YANG SAMA