Hammers resahkan LVG

Hammers resahkan LVG

LONDON, 10 Mei (Agensi) – Louis van Gaal bimbang harapan Manchester United untuk layak ke Liga Juara-Juara musnah ketika berdepan West Ham United yang mengucapkan selamat tinggal kepada Upton Park selepas pertembungan Liga Perdana Inggeris, awal pagi ini.

Van Gaal sedar sedar pemain dan penyokong Hammers mahu penampilan terakhir di stadium keramat mereka itu berakhir dengan kemenangan bersejarah apabila melayan kunjungan The Red Devils.

Menambahkan lagi kebimbangan pengurus dari Belanda itu adalah ketiadaan Marouane FellainI yang menjadi watak penting ketika menewaskan West Ham pada aksi suku akhir di Upton Park, bulan lalu.

Pemain tengah, Fellaini digantung tiga perlawanan kerana mengasari pemain lawan, dan Van Gaal mengakui tanpa khidmat pemain itu dia tidak mempunyai pengganti bagi mengekang pergerakan penyerang West Ham, Andy Caroll.

“Ia adalah sesuatu yang negatif untuk kami. Kami perlu bermain menentang lawan yang mengucapkan selamat tinggal kepada stadium mereka, jadi mereka pasti tidak mahu kalah.

“Mereka pernah tewas kepada United dalam saingan Piala FA, jadi ia petanda tidak baik untuk kami. West Ham sebuah pasukan yang bagus.

“Kami menghormati mereka kerana mereka adalah kelab yang bersejarah di England, kami tidak mahu merosakkan mood mereka. Namun, kami memerlukan tiga mata,” kata Van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA