Hampir 100% defendan jenayah bersalah 2015

Hampir 100% defendan jenayah bersalah 2015

BEIJING, 13 Mac (AFP) – China mendapati hampir 100 peratus defendan jenayah bersalah tahun lalu, perangkaan dari mahkamah tinggi negara menunjukkan hari ini, meskipun pihak berkuat kuasa berjanji akan mengurangkan penyabitan bersalah.

Sejumlah1,039 orang tertuduh adalah ‘diisytiharkan tidak bersalah’ oleh mahkamah China dalam tahun 2015, menurut Zhou Qiang, ketua Mahkamah Tinggi Rakyat, dalam laporan pada sesi tahunan badan perundangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), 1.232 juta didapati bersalah, kadar penyabitan 99.92 peratus. Berbanding dengan perangkaan 2014 yang mana 778 orang dibebaskan dan 1.184 juta penyabitan, menurut laporan Zhou tahun lalu.

Penggunaan kekerasan untuk mendapatkan pengakuan masih meluas di China dan kumpulan-kumpulan hak asasi tersangka-tersangka kerap tidak mendapat pembelaan dalam perbicaraan jenayah yang membawa kepada kekerapan kegagalan pengadilan.

Mahkamah dikawal politik, dengan para aktivis yang datang untuk diadili pasti akan didapati bersalah. Kemarahan orang awam meningkat berhubung kegagalan pengadilan ini, dan beberapa tahun kebelakangan mahkamah telah membatalkan hukuman mati dalam beberapa kes yang telah dicemari.

Pada bulan Februari sahaja, lima lelaki dibebaskan dari dakwaan bunuh yang mana mereka telah dengan salah telah dipenjara lebih dua dekad sebelumnya. Mahkamah China ‘telah membetulkan’ 1,357 keputusan pengadilan pada tahun 2015, menurut laporan itu lagi, tetapi hanya menjelaskan tentang hasil tiga kes.

Negara seharusnya ‘mempelajari dari pengalaman serius’ dari kes-kes, menurut Zhou dalam laporan itu dan ‘memperbaiki mekanisme yang boleh dengan berkesan mencegah dan membetulkan kes-kes palsu dan salah dengan cara yang tepat pada masanya.

Parti Komunis berjanji akan memastikan ‘peraturan undang-undang dengan ciri-ciri China’ dan berkata ia akan mengurangkan pengaruh para pegawai tempatan ke atas mahkamah.”

ARTIKEL YANG SAMA