Hampir 100 maut dalam serangan di Yaman

Hampir 100 maut dalam serangan di Yaman

DUBAI/ADEN, 7 Julai (Reuters) – Hampir 100 orang terbunuh semalam dalam serangan udara di seluruh Yaman, menurut laporan agensi berita yang dikendalikan pemberontak Houthi ketika pakatan yang diketuai Arab Saudi meningkatkan serangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penamatan serangan udara serta pertempuran yang sudah membunuh hampir 3,000 orang di Yaman sejak Mac lalu apabila pakatan yang diketuai Arab Saudi campur tangan menentang pemberontak Houthi yang disokong Iran bagi mengembalikan kuasa kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Agensi berita Saba yang dikendalikan pihak Houth menyatakan 54 orang terbunuh dalam siri serangan di Amran di utara Sanaan, termasuk 40 yang berada di pasar di daerah Eyal Yazeed.

Menurutnya, beberapa wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

Pengawal berjalan di runtuhan rumah komander gerakan Houthi yang terkena serangan tersebut. – Reuters
Pengawal berjalan di runtuhan rumah komander gerakan Houthi yang terkena serangan tersebut. – Reuters

Saba melaporkan pesawat negara pakatan juga membunuh lebih 40 orang dalam serangan ke atas pasar ternakan do bandar al-Foyoush di selatan Yaman.

Penduduk tempatan turut melaporkan 30 kematian dalam serangan di pos pemeriksaan di antara Aden dan Lahj.

Jurucakap negara pakatan itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas tetapi ia sebelum ini menyatakan mereka tidak menyasarkan orang awam.