Hampir 100 orang terselamat daripada kebakaran bangunan

Hampir 100 orang terselamat daripada kebakaran bangunan

HAMBURG, 1 Jan (DPA) – Lebih daripada 90 orang telah diselamatkan selepas rumah orang tua di bandar Jerman utara Hamburg itu terbakar lewat malam Tahun Baru, laporan polis.

Tiga daripada mereka yang diselamatkan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran itu bermula kira-kira 11 malam dan ia mungkin berpunca oleh bunga api.

Api marak di tingkat atas bahagian bangunan, manakala bahagian lain bangunan tersebut mengalami kerosakan. Api berjaya dipadamkan.

Warga mangsa kebakaran yang terselamat telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara.