Hampir 2,000 burung murai diselamatkan

Hampir 2,000 burung murai diselamatkan

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Polis marin Malaysia menggagalkan satu percubaan untuk menyeludup hampir 2,000 burung yang dilindungi diseludup keluar dari negara itu, menurut komander daerah hari ini.

Sebanyak 1,920 ekor burung murai dalam berpuluh sangkar telah ditemui lewat Ahad dalam sebuah bot laju di bandar Pontian, negeri Johor, kira-kira 300km selatan Kuala Lumpur, kata komander polis marin, Paul Khiu Khon Chiang.

“Burung-burung itu ditempatkan dalam 96 kurungan kayu,” ujarnya kepada para wartawan.

Polis menemui bot laju itu dalam perairan cetek di sepanjang pesisir Pontian selepas ia ditinggalkan berikutan 20 minit dikejar polis, katanya. Tidak ada penyeludup telah ditangkap.

Burung murai menjadi haiwan peliharaan dalam sebilangan masyarakat di Malaysia serta negara jiran, Singapura dan Thailand, katanya. Ia adalah ditegah untuk membeli atau menjual burung-burung ini di Malaysia.

Pada 20 Januari, para pegawai keselamatan sempadan menemui hampir 1,500 ekor burung Tempua Baya, satu lagi spesies burung yang dilindungi di utara Malaysia. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA