Hampir 2,000 mangsa gula-gula ‘beracun’

Hampir 2,000 mangsa gula-gula ‘beracun’

MANILA, 13 Julai (AFP) – Bilangan orang yang jatuh sakit selepas memakan gula-gula ‘beracun’ di Filipina telah meningkat kepada hampir 2,000 orang, menurut pihak berkuasa hari ini, ketika mereka berusaha untuk memastikan sumber pencemaran.

Sekitar 1,925 orang di selatan Filipina, kebanyakan mereka kanak-kanak sekolah, jatuh sakit selepas memakan gula-gula berperisa buah-buahan dan 66 masih lagi dirawat di hospital, menurut jurucakap jabatan kesihatan, Lyndon Lee Suy.

Pakar jabatan itu ‘cuba untuk menyiasat dan mempertimbangkan semua kemungkinan puncanya. Ia boleh jadi disengajakan, ia juga boleh jadi salah diperlakukan,” katanya kepada AFP.

Mangsa mengadu menderita kekejangan perut, cirit-birit, muntah-muntah dan sakit kepala selepas memakan manisan berperisa manggis, mangga dan durian yang dijual oleh penjaja luar sekolah.

Polis telah menangkap sembilan penjaja jalanan yang memperolehi manisan itu daripada pengeluar yang sama – Wendy’s Delicious Durian Candy. Pemilik syarikat itu, Janet Aquino, juga telah disiasat selepas menyerah diri kepada polis.

ARTIKEL YANG SAMA