Hampir 35,000 kunjungi Istana

Hampir 35,000 kunjungi Istana

Oleh Siti Nur Wasimah S & Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Bahiyah Bakir & Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Seramai 34,397 orang telah berkunjung ke majlis ‘Istana Terbuka’ pada hari pertama Istana Nurul Iman yang dibuka kepada orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 19,471 orang berkunjung pada sebelah pagi dan 14,926 orang pada sebelah petang.

Jumlah ini membuktikan ketaatan dan kasih sayang rakyat dan penduduk negara ini terhadap raja yang dikasihi. Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja lelaki yang lain.

p01-1_20160708

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung Istana Nurul Iman di Hari Raya Pertama.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung Istana Nurul Iman di Hari Raya Pertama.
DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel menerima junjung ziarah daripada para pengunjung.
DYTM Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel menerima junjung ziarah daripada para pengunjung.

p01-4_20160708

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada para pengunjung wanita.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Juga berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap, Menteri Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Dr. Mohamad Maliki bin Osman; Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan Masyarakat dan Belia Republik Singapura, Baey Yam Keng; Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Amri Amin dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Lim Hong Huai.

Sementara Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri kepada Menteri Negara Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pertahan Republik Singpura, Sadiah binti Shahal dan isteri kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan Masyarakat dan Belia Republik Singapura, Lim Hai Yen.

Para pengunjung Istana Nurul Iman di Hari Raya pertama dengan penuh sabar menanti giliran junjung ziarah masing-masing.
Para pengunjung Istana Nurul Iman di Hari Raya pertama dengan penuh sabar menanti giliran junjung ziarah masing-masing.

Tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana junjung ziarah ialah pelancong luar dengan senyuman yang tidak lekang di bibir kerana berpeluang untuk menatap wajah Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain dengan lebih dekat lagi sebagai kenangan yang tidak mudah dilupakan kerana peluang seumpama ini jarang diperolehi.

Sebelum menunggu giliran menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain, pengunjung akan terlebih dahulu menikmati jamuan yang disediakan di ruang lain istana.

Setelah selesai menjunjung ziarah, pengunjung kemudian diberikan buah tangan sebagai cenderahati kenangan sempena kunjung mereka ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA