Hampir 40,000 kunjungi Istana

Hampir 40,000 kunjungi Istana

Oleh Rafidah Jumat, Lenna N.B, Pg Fairol RMF & Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Seramai 39,943 orang telah berkunjung ke majlis ‘Istana Terbuka’ pada hari pertama Istana Nurul Iman dibuka kepada orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 20,251 orang berkunjung di sebelah pagi manakala 19,692 orang lagi pada sebelah petang.

Pada majlis itu, Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja lelaki yang lain.

Sementara di ruang lain Istana Nurul Iman, Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah.

p01-2_20150720

Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah da-ripada orang ramai pada hari kedua Aidilfitri, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah da-ripada orang ramai pada hari kedua Aidilfitri, kelmarin.

p01-4_20150720

Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan. - GAMBAR BAHYIAH BAKIR
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan. – GAMBAR
BAHYIAH BAKIR

p01-6_20150720

Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.
Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.
Antara kerabat diraja yang berangkat hadir pada hari pertama Majlis Junjung Ziarah bersama orang ramai di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Antara kerabat diraja yang berangkat hadir pada hari pertama Majlis Junjung Ziarah bersama orang ramai di Istana Nurul Iman, kelmarin.

p01-9_20150720

Pengunjung perempuan berbaris menanti giliran untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja perempuan yang lain.
Pengunjung perempuan berbaris menanti giliran untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja perempuan yang lain.

p01-11_20150720

Antara pengunjung lelaki yang tidak melepaskan peluang berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman.
Antara pengunjung lelaki yang tidak melepaskan peluang berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

‘Istana Terbuka’ ini merupakan satu peluang keemasan orang ramai menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain sambil menyembahkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’.

Ia merupakan acara yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh rakyat Brunei Darussalam, warga negara jiran dan pelancong yang ingin mengambil peluang untuk menatap lebih dekat wajah Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

Selesai sahaja menjunjung ziarah, para pengunjung diberi cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Majlis terbuka ini akan diteruskan esok seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi sebelah petang bermula dari jam 2 hingga 4 petang.

Majlis ini diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat akan dikhaskan untuk kunjungan orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA