Hampir 450 terbunuh serangan Rusia

Hampir 450 terbunuh serangan Rusia

BEIRUT, 23 Okt (AFP) – Serangan udara Rusia di Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya 446 orang, lebih daripada satu pertiga daripada orang awam, Balai Cerap Syria bagi pemantau kumpulan Hak Asasi Manusia berkata semalam.

Rusia melancarkan perang udara ke atas penentang rejim Syria Presiden Bashar al-Assad pada 30 September lalu dan berkata ia menyasarkan kumpulan jihad Negara Islam dan lain-lain ‘pengganas’.

Daripada jumlah yang terkorban, 151 adalah orang awam termasuk 38 kanak-kanak dan 35 wanita, kata Ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman.

Serangan juga telah membunuh 295 pejuang, termasuk 75 dari kumpulan jihad IS dan 31 anggota sekutu Syria Al-Qaeda, Al-Nusra, kata Abdel Rahman.

Balai Cerap yang berpangkalan di Britain berkata ia bergantung kepada rangkaian aktivis, kakitangan perubatan dan pejuang di atas tanah yang mengenal pasti pesawat perang Rusia berdasarkan model, corak penerbangan dan jenis munisi.

Rusia telah dikritik oleh kumpulan pemberontak dan penyokong mereka untuk menyasarkan kumpulan bukan jihad yang mengorbankan orang awam.

Moscow telah menolak laporan oleh Balai Cerap sebelumnya mengenai korban pengeboman terhadap orang awam sebagai ‘palsu’.