Hampir 50 pasukan sertai bola jaring JIS

Hampir 50 pasukan sertai bola jaring JIS

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Hampir 50 pasukan dari sekolah-sekolah swasta dan kerajaan menyertai Kejohanan Bola Jaring Fun Day anjuran Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan yang diadakan selama sehari di padang sukan sekolah itu, di sini.

Sukan tersebut juga turut diadakan tahun lepas dengan penyertaan yang kurang lebih sama sebagai tanda sambutan sukan bola jaring yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam dan JIS juga turut menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan sukan di negara ini sebagai salah satu langkah dalam sistem pendidikan SPN21.

Menurut Pengarah Sukan JIS, Christopher Mcgeorge, hari Fun Day tersebut bukan sahaja membawa dan menyatukan belia-belia Brunei untuk aktif melalui sukan bahkan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berseronok sambil saling mengenali di antara satu sama yang lain.

JIS juga giat mengadakan aktiviti seumpama, yang mana tiga acara sukan tahunan akan diadakan nanti iaitu Larian ‘Fun Run’ pada bulan Mei, ‘Bolasepak Fun Day’ bulan November dan bola jaring Fun Day bulan Februari yang diadakan pada hari ini.

Aksi-aksi menarik salah satu perlawanan di kejohanan itu.
Aksi-aksi menarik salah satu perlawanan di kejohanan itu.

Hari Netball Funday JIS juga ditaja oleh Citroen Brunei dari Syarikat Grand Motors Sdn Bhd dengan mempamerkan model-model Ctiroen model terbaru untuk pengunjung membuat uji pandu pada hari itu juga.

Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik akan layak untuk cabutan bertuah memenangi sebuah kereta Citroen C3 yang akan diadakan pada bulan Ogos 2016 nanti.