Hampir 500 sertai Zumba Amal

Hampir 500 sertai Zumba Amal

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Sempena Bulan Kesedaran Barah Payudara, hampir 500 orang telah menyertai Aktiviti Zumba Amal anjuran Kumpulan Sokongan Barah Payudara, Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Susan Fitness Studio, hari ini.

Aktiviti amal yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah ini merupakan acara tahunan Susan Fitness Studio yang bertujuan untuk membantu golongan wanita yang mengidap barah payudara.

Selain itu, ia juga dihasratkan untuk mempromosikan tentang kewujudan kumpulan itu di negara ini serta memberi kesedaran mengenai penyakit barah payudara dalam kalangan wanita serta remaja.

Antara mereka yang menyertai dan menyokong Aktiviti Zumba Amal Sempena Bulan Kesedaran Barah Payudara di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Antara mereka yang menyertai dan menyokong Aktiviti Zumba Amal Sempena Bulan Kesedaran Barah Payudara di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

pg08_151109_a

Menurut kenyataan yang diterima, hasil daripada jualan tiket zumba berkenaan akan didermakan keseluruhannya kepada Kumpulan Sokongan Barah Payudara bagi mempromosi pendidikan awal mengenai penyakit itu dalam jerayawara yang diadakan setiap tahun.

Hasil kutipan juga akan digunakan bagi membantu pesakit barah payudara untuk membeli payudara tiruan dan baju dalam khusus serta bagi acara-acara kumpulan sepanjang tahun.

ARTIKEL YANG SAMA