Hampir 5,000 sertai ekspedisi amal BIBD

Hampir 5,000 sertai ekspedisi amal BIBD

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Hampir 5,000 peserta menyertai ekspedisi amal anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) untuk mempromosi pendidikan sepanjang hayat, Program BIBD CE ALAF 2015 bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

Ia mempertandingkan beberapa kategori larian merangkumi 21km, 10km dan 5km selain larian 3km Fun Run, perlumbaan separa maraton dan acara berbasikal.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah ahli Lembaga Pengarah BIBD; Pemangku Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei (BIA), Awang Junaidi bin Haji Masri; Ketua Unit Pelaburan di Kementerian Kewangan Bahagian Pelaburan, Awang Mozart bin Ibrahim dan Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad.

Yang Berhormat Pehin bergambar bersama pemenang dalam acara 21KM Brunei Perempuan.
Yang Berhormat Pehin bergambar bersama pemenang dalam acara 21KM Brunei Perempuan.
Pemenang dalam acara 10KM Brunei Lelaki.
Pemenang dalam acara 10KM Brunei Lelaki.
Para peserta memulakan larian semasa Ekspedisi Amal BIBD CE ALAF 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Para peserta memulakan larian semasa Ekspedisi Amal BIBD CE ALAF 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Peserta yang mengikuti berbasikal di acara BIBD CE ALAF 2015.
Peserta yang mengikuti berbasikal di acara BIBD CE ALAF 2015.
Para peserta memulakan larian mereka di acara BIBD CE ALAF 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Para peserta memulakan larian mereka di acara BIBD CE ALAF 2015 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Aksi para peserta ketika larian tersebut berlangsung.
Aksi para peserta ketika larian tersebut berlangsung.
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min ikut serta dalam larian BIBD CE ALAF 2015.
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min ikut serta dalam larian BIBD CE ALAF 2015.

Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang kategori 21km (Brunei) dan 21km terbuka serta 10km (Brunei) dan 10km terbuka.

Bagi lelaki dan wanita kategori 21km yang menjanjikan hadiah wang tunai $2,000, pingat, jam polar, kemeja Finisher serta tiket penerbangan ke Melbourne, juara bagi lelaki ialah Awang Sefli Ahar dan juara wanita pula ialah Dayang Jenny Tan Feng Ling.

Bagi lelaki dan wanita kategori 21km terbuka pula memenangi hadiah wang tunai $2,000, pingat dan kemeja Finisher ialah Stephen Mungathia Nikubitu dan Tarus Gladus Jep Kechei.

Wajah-wajah ceria para peserta yang mengikuti acara BIBD CE ALAF 2015.
Wajah-wajah ceria para peserta yang mengikuti acara BIBD CE ALAF 2015.
Para peserta yang mengikuti larian mempamerkan pingat yang telah mereka peroleh.
Para peserta yang mengikuti larian mempamerkan pingat yang telah mereka peroleh.
Para peserta gembira menamatkan larian.
Para peserta gembira menamatkan larian.

Manakala bagi pemenang lelaki dan wanita kategori 10km pula membawa wang tunai $1,000, jam polar, kemeja Finisher dan tiket penerbangan ke Bangkok dimenangi oleh Awang Mastani Yussof dan Dayang Nurul Amirah Karim.

Bagi kategori 10km terbuka lelaki dan wanita dengan hadiah wang tunai $1,000, pingat dan kemeja Finisher dimenangi oleh Charles Kipkorir Kipsang dan Isabelan Kigen.

Bagi kategori 5km terbuka lelaki dan wanita yang memenangi hadiah wang tunai $800, pingat, jam Polar dan kemeja Finisher pula ialah Kamau Kamau dan Nikmatul Fatinah binti Haji Ismail.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang 10 kilometer dan 5 kilometer pula ialah Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad.

ARTIKEL YANG SAMA