Hampir 5,000 sertai The Run 2015

Hampir 5,000 sertai The Run 2015

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Hampir 5,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini, untuk menyertai Larian Amal Pusat Ehsan 2015.

Hadir untuk menyempurnakan upacara pelepasan para peserta ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Ehsan Kampung Bengkurong, Dato Paduka Haji Awang Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab.

Sebanyak 11 kategori dibuka untuk penyertaan orang ramai, dengan kategori A dan B 21 kilometer disertai 233 peserta, kategori C (Lelaki) dan D (Wanita) ASEAN berumur 14 tahun ke atas, kategori E (Lelaki) dan F (Wanita) Veteran 40 tahun ke atas sejauh 12 kilometer disertai seramai 689 peserta manakala kategori G dan H masing-masing bagi Penduduk Brunei Lelaki dan Wanita sejauh lima kilometer seramai 1,725 orang.

Turut mendapat sambutan ialah kategori 2.5 kilometer Fun Run yang berjaya menarik penyertaan seramai 998 peserta dan kategori Berkeperluan Khas yang disertai seramai 500 peserta bersama ibu bapa masing-masing.

pg04_150525_f

Tetamu kehormat melepaskan Kategori Berkeperluan Khas.
Tetamu kehormat melepaskan Kategori Berkeperluan Khas.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang 12 km Wanita Terbuka
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang 12 km Wanita Terbuka
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang 12 km Lelaki Veteran.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang 12 km Lelaki Veteran.

Kategori A telah dijuarai oleh Ngare Joseph Mwangi yang mencatat 1:05.04 saat, diikuti oleh Rotich Zablon Kipngetich di tempat kedua dengan catatan masa 1:05.32 saat dan Lolija John Lorono di tempat ketiga dengan catatan masa 1:08.36 saat.

Kategori sama bagi wanita, tempat pertama dimenangi oleh Penninah Kigen dengan catatan masa 1:15.09 saat, manakala di tempat kedua ialah Tarus Gladys Jepkechei yang mencatat 1:15.32 saat, dan Esther Wambui Karimi di tempat ketiga dengan catatan masa 1:17.14 saat.

Sementara itu, bagi kategori C, pemenang tempat pertama ialah Charles Thaiya setelah mencatat 41minit 37 saat, manakala Ruburn Kummar Ramasamy di tempat kedua dengan catatan 44 minit 09 saat dan Zainor Sam menduduki tempat ketiga dengan 48 minit 04 saat.

Dalam kategori sama bagi wanita, tempat pertama diraih oleh Tan Feng Ling dengan mencatat masa 1:00.55 saat, Jennifer Kemp di tempat kedua dengan 1:01.42 saat dan Dayangku Yasrinnur Hayatul Aqmar binti Pengiran Haji Yakub dengan catatan 1:06.11 saat.

pg04_150525_e

Antara kumpulan yang menyertai Larian Amal Pusat Ehsan 2015.
Antara kumpulan yang menyertai Larian Amal Pusat Ehsan 2015.

Kategori E bagi lelaki dimenangi oleh Haji Jupli bin Haji Pangir, manakala kedua ialah Awang Shahminan bin Haji Muhammad Salleh dan Awang Abdul Rahman bin Maarof di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam kategori sama bagi wanita, tempat pertama ialah Claire Wharpon, Dayang Sufinah binti Haji Adris di tempat kedua dan Kirsty Natasha Mary Huskisson di tempat ketiga.

Kategori G lelaki dimenangi oleh Awang Muhammad Qamarul Ariffin bin Hifni sementara Awang Mohd Nazrul Effendy bin Ali Hassan di tempat kedua dan ketiga ialah Awang Ahmad Yazid bin Awang Hidup, manakala dalam kategori H bagi wanita, pemenang ialah Dayang Nikmatul Fatinah binti Haji Awang Ismail, Dayang Liza Hamid di tempat kedua dan ketiga ialah Julia.

Pasukan RB Runner memenangi Kategori Cabaran Korporat, manakala tempat kedua diraih oleh Pasukan Team DST A dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam di tempat ketiga.

Awang Sefli Ahar menjuarai kategori 21 kilometer Separa Maraton Lelaki Brunei diikuti di tempat kedua oleh Awang Abdul Malik bin Awang Hidup dan Awang Amirul Hamdi di tempat ketiga.

Dalam kategori sama bagi wanita, tempat pertama diraih oleh Dayang Marnie Farizan binti Ahmad, manakala Lew Li And Angel di tempat kedua dan Dayang Eleyinn binti Sabtu di tempat ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA