Hampir 50,000 dipecat, ditahan

Hampir 50,000 dipecat, ditahan

ANKARA, 20 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mempengerusikan mesyuarat keselamatan buat pertama kalinya sejak rampasan kuasa gagal itu, selepas penyingkiran meluas yang menyaksikan sekitar 500,000 orang sama ada ditahan atau dipecat.

Pasukan udara Turki sementara itu melancarkan serangan udara pertamanya sejak pemberontakan kilat pada Jumaat yang menyasarkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq, dalam satu petanda yang Erdogan telah mengambil semula kawalan penuh ke atas pasukan bersenjata.

Bidaan rampasan kuasa daripada askar pemberontak adalah tamparan paling serius kepada dominasi Erdogan ke atas Turki selama 13 tahun, dan presiden telah mengatakan dia 15 minit lagi hampir-hampir dibunuh atau diculik oleh perancang sebelum menyelamatkan diri.

Pemberontakan kilat itu mengakibatkan lebih 300 orang maut dan mencetuskan peristiwa kemusnahan terutama di Ankara yang mana serbuan menggunakan jet pejuang dan serangan helikopter ke sasaran strategik menakutkan para penduduk dan mengakibatkan sebahagian ibu pejabat polis dan bangunan parlimen bertukar menjadi serpihan runtuhan.

Lebih 9,000 suspek telah ditahan, termasuk beberapa jeneral paling kanan Turki, yang dituduh menjadi ketua geng perancang plot itu.

Antara askar-askar Turki yang dipercayai menyertai rampasan kuasa, tiba dalam bas di mahkamah di Istanbul pada 20 Julai. – AFP
Antara askar-askar Turki yang dipercayai menyertai rampasan kuasa, tiba dalam bas di mahkamah di Istanbul pada 20 Julai. – AFP
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MGK) di Istana Presiden di Ankara. – AFP
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MGK) di Istana Presiden di Ankara. – AFP

Keseluruhannya kira-kira 48,800 kakitangan kerajaan, termasuk polis dan guru, telah dipecat dari jawatan mereka atau ditahan, menurut jumlah yang disiarkan oleh akhbar harian Hurriyet dan CNN-Turk.

Ankara berkata rampasan kuasa itu didalangi oleh pendakwah berpangkalan di AS, Fethullah Gullen dan tindakan keras besar-besaran kelihatannya menyasarkan individu-individu yang disyaki mempunyai sebarang kaitan dengan musuh bertukar sekutu Erdogan.

Penyingkiran itu telah memarakkan kebimbangan yang Erdogan meng-gunakan plot rampasan kuasa itu untuk bertindak keras ke atas penentang, dengan sekutu-sekutu Barat Turki menggesa pihak berkuasa dalam negara-negara NATO untuk mematuhi peraturan undang-undang.

Presiden itu kembali ke bandar lewat kelmarin buat pertama kalinya sejak rampasan kuasa dan mempengerusikan mesyuarat majlis keselamatan negara di istana presidennya, terdiri daripada menteri-menteri keselamatan dan pihak tentera tertinggi.

Dia kemudian akan mempengerusikan mesyuarat kabinet, juga di istana, yang mana di kawasan sekitarnya telah dibom semasa rampasan kuasa tentera itu.

Erdogan berada di pusat peranginan Marmaris, Aegean ketika rampasan kuasa berlaku dan kemudian terbang ke Istanbul di mana dia telah tinggal sejak itu, muncul bersama para penyokong setiap malam dalam ‘berjaga-jaga’ bagi demokrasi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA