Hampir 50,000 mangsa eksploitasi seks di Guatemala

Hampir 50,000 mangsa eksploitasi seks di Guatemala

GUATEMALA, 27 Mei – Hampir 50,000, kebanyakannya gadis berusia 12 hingga 17 tahun, menjadi mangsa eksploitasi seks secara langsung di Guatemala, menurut dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan bersama yang dibentangkan semalam.

Penyelidikan oleh UNICEF dan Suruhanjaya Antarabangsa Menentang Impuniti di Guatemala (CICIG) itu mendapati kemiskinan yang menjejaskan 60 peratus daripada 15 juta penduduk negara itu serta masyarakat mengutamakan lelaki dan keganasan rumah tangga, menjadi punca utama.

Laporan mendapati 64 peratus daripada 48,600 mangsa yang direkodkan adalah wanita, kebanyakan berusia bawah 18 tahun. Dua puluh tiga peratus adalah lelaki dan 13 peratus itu tidak direkodkan jantina.

Bukan hanya wanita di Guatemala yang terjerat dengan sindiket pelacuran, wanita Colombia, Honduras, Salvador dan Nicaragua turut dipergunakan. – AFP