Hampir 700 penerbangan dibatalkan

Hampir 700 penerbangan dibatalkan

JAKARTA, 4 Nov (Reuters) – Indonesia telah menutup lapangan terbang Bali, salah satu terminal antarabangsa yang paling sibuk dan membatalkan ratusan penerbangan disebabkan muntahan debu gunung berapi di pulau berdekatan, menurut pihak berkuasa hari ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai akan ditutup sehingga esok pagi dan dibuka semula selepas pemeriksaan semula situasi, ujar pihak berkuasa.

“Sejumlah 692 penerbangan telah dibatalkan,” pihak berkuasa lapangan terbang memberitahu dalam satu kenyataan. Gunung Rinjani di pulau berdekatan Lombok telah memuntahkan debu sejak minggu lepas.

Pelancong-pelancong yang kini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. – Reuters
Pelancong-pelancong yang kini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. – Reuters

“Beberapa gegaran akibat aktiviti-aktiviti gunung berapi secara berterusan direkodkan dan potensi untuk beberapa lagi letusan masih tinggi,” agensi meteorologi berkata dalam satu keterangan.

Pihak media telah melaporkan letusan gunung berapi juga menangguhkan ekstradisi penjenayah India yang paling dikehendaki, Rejendra Nikalje, lebih dikenali dengan nama Chhota Rajan. Dia telah ditahan di Bali minggu lepas selepas pemburuan antarabangsa selama lebih dua dekad.

Berpuluh-puluh ribu pelancong di Bali terkandas ketika musim kemuncak percutian Julai apabila lapangan terbang ditutup disebabkan letusan Gunung Raung di Jawa Timur.