Hampir semua pemberontak ‘Uighur’ dihapuskan

Hampir semua pemberontak ‘Uighur’ dihapuskan

BEIJING, 2 Sept (Reuters) – Hampir kesemua anggota kumpulan militan Uighur Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) telahpun dihapuskan daripada Pakistan, kata presiden negara hari ini ketika satu lawatan ke Beijing.

China menyalahkan pergolakan ganas di rantau baratnya Xinjiang ke atas kumpulan pemisah Islam seperti ETIM, yang dikatakannya ingin menubuhkan sebuah negeri merdeka digelar Turkestan Timur dan mempunyai pangkalan di negara seperti Pakistan dan Afghanistan.

Bagaimanapun, ramai pakar asing telah menyoal sama ada ETIM wujud sebagaimana yang didakwa oleh China.

Bertemu dengan Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat, Presiden Pakistan Mamnoon Hussain berkata satu operasi anti-keganasan baru-baru ini dengan nama kod Zarb-e-Azb “telahpun berjaya dalam membanteras keganasan daripada negara kami.”

“Ia juga membantu dalam menghapus elemen ETIM daripada negara kami dan saya fikir hampir kesemua anggota ETIM di negara kami telahpun disingkirkan. Mungkin, jika mereka masih ada, hanya tinggal beberapa orang sahaja,” kata Hussain. China dan Pakistan adalah “adik-beradik besi” dan sentiasa membantu di antara satu sama lain “dengan penuh bersemangat,” tambah beliau. Hussain berada di China untuk menghadiri perarakan tentera yang menandakan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua di Asia.

“China akan menyokong usaha Pakistan dalam melindungi keselamatan negara,” beritahu Xi kepada Hussain, menurut agensi berita China Xinhua.

Beratus orang telah terbunuh dalam keganasan di Xinjiang sejak beberapa tahun lalu, dipersalahkan oleh Beijing ke atas militan. Kumpulan hak berkata punca sebenar pergolakan adalah sekatan China ke atas kepercayaan Islam dan budaya penduduk Uighur yang menganggap rantau tersebut tempat tinggal mereka.

ARTIKEL YANG SAMA