Hampir separuh tapak warisan dunia diancam perindustrian

Hampir separuh tapak warisan dunia diancam perindustrian

PARIS, 6 April – Hampir separuh dari keseluruhan Tapak Warisan Dunia, termasuklah Terumbu Sawar Besar dan Machu Picchu diancam oleh kegiatan perindustrian seperti perlombongan, cari gali minyak dan pembalakan haram, kumpulan pemuliharaan WWF memberi amaran hari ini.

114 tapak terancam, separuh dari jumlah yang disenaraikan oleh UNESCO, memberikan makanan, air, perlindungan dan ubat kepada lebih 11 juta orang, lebih dari bilangan penduduk Portugal, menurut laporan khas WWF. Tapak-tapak itu dimaksud untuk dilindungi bagi generasi akan datang.

“Di sebalik faedah jelas kawasan-kawasan semula jadi ini, kita masih belum mampu menghapuskan pembangunan ekonomi dari degradasi persekitaran,” pengarah besar WWF Marco Lambertini berkata dalam prakata laporan itu.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menyenaraikan 197 Tapak Warisan ‘semula jadi’ dan 32 Tapak Warisan ‘Campuran’ di 96 buah negara di seluruh dunia, berserta 802 tapak-tapak kebudayaan.

229 tapak semula jadi dan campuran, dipilih oleh kerajaan negara-negara tempat ia ditemui, termasuklah taman-taman negara dan kawasan semula jadi simpan, hutan, terumbu karang, pulau dan kawasan pantai.

Tetapi dikalangan 114 buah tapak yang ditonjolkan oleh WWF, Terumbu Sawar Besar Australia, ekosistem terumbu karang terbesar di dunia, diancam oleh perlombongan dan perkapalan.

Di AS, Taman Semula Jadi Grand Canyon diancam oleh empangan atau penggunaan air yang tidak mampu bertahan. Dan kubu kota Inca abad ke 15, iaitu Machu Piccu di Peru yang dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983 diancam oleh pembalakan, menurut WWF.

Laporan itu mengatakan konsesi minyak atau gas diberikan di 40 buah tapak dan konsesi perlombongan di 40 buah tapak. Dua puluh lapan tapak berisiko dari empangan atau penggunaan air yang tidak mampu bertahan, 28 lagi tapak akibat pembalakan haram, dua akibat penangkapan ikan berlebihan, dan 20 tapak akibat pembinaan jalan raya atau landasan kereta api. Kebanyakan tapak diancam oleh lebih satu kategori. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA