Hampir terhempas, guna data salah

Hampir terhempas, guna data salah

SYDNEY, 4 Okt – Kapal terbang QantasLink Australia terselamat daripada satu insiden serius selepas ia menamatkan perjalanan dari Canberra ke Sydney setelah menggunakan data tidak betul mengenai berat dan suhu kapal terbang.

News Corp melaporkan hari ini satu siasatan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam kejadian pada 20 Jun mendapati kru yang letih dan perubahan saat-saat terakhir kepada jumlah penumpang kapal terbang bermakna data pelepasan yang salah digunakan semasa penerbangan itu.

Kejadian itu membabitkan Boeing 717-200 yang dikendalikan oleh Cob-ham dan yang sedang terbang ke Sydney bersama 91 penumpang dan lima kru.

Kapten telah bersedia untuk mengadakan pelepasan “flex” berdasarkan andaian suhu luar 39 darjah Celsius.

Flex membenarkan juruterbang menggunakan tolakan yang kurang untuk berlepas, yang mengurangkan haus dan lusuh ke atas enjin kapal terbang. Bagaimanapun, suhu flex ditukar lebih rendah kepada 34 Celsius apabila 22 pe-numpang tambahan dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang selepas senarai kokpit telah siap.

Sementara kapten mencatat suhu baru, ia diconteng di atas angka awal 39 Celsius, yang seterusnya digunakan untuk mengira tolakan yang diperlukan oleh enjin. Meskipun kesilapan yang dibuat, penerbangan diteruskan ke Sydney dan mendarat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam siasatannya mengenai kejadian itu, ATSB mendapati anggota kru pe-nerbangan menilai keletihan disebabkan permulaan kerja mereka pada awal pagi mungkin menyumbang kepada kesilapan suhu flex, namun mereka layak untuk te-rus beroperasi sepanjang tugasan pada hari itu.

Dalam laporannya dalam kejadian itu, biro berkata penggunaan data rujukan pelepasan yang tidak tepat mungkin menimbulkan kesan serius. Dalam satu laporan pada 2011, ATSB memaparkan kesan kegagalan menggunakan data yang betul untuk pengiraan penerbangan, berkata serangan ekor, landasan yang melewati had dan kualiti pengendalian yang merosot mungkin berlaku.

Perkhidmatan Penerbangan Cob-ham, yang menggaji kru, berkata mereka akan memastikan juruterbang mereka menggunakan kad pengumpulan data pelepasan dan pendaratan baru jika maklumat baru perlu ditambah atau dikemaskinikan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA