Hamsik tak sesuai untuk Napoli – Kozak

Hamsik tak sesuai untuk Napoli – Kozak

LILLE, Perancis, 16 Jun (AFP) – Pengendali Slovakia, Jan Kozak percaya betapa Marek Hamsik, yang memainkan watak utama ketika menumpaskan Rusia 2-1 di Euro 2016 semalam, sudah menjadi seorang pemain yang hebat sekali gus tidak sesuai untuk terus menyarung jersi Napoli.

Hamsik yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, merancang satu gol dan mencetak gol di babak pertama, kini sudah bersedia menyertai pasukan elit Eropah selepas kejohanan terbabit, kata Kozak.

Hamsik melorongkan bola kaki kiri untuk jaringan pembukaan Vladimir Weiss dan kemudian melencongkan bola menarik dengan kaki kanannya 12 minit kemudian untuk membantu Slovakia menyambar tiga mata penuh sekali gus menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Marek Hamsik meraikan jaringan ketika menentang Rusia di stadium Pierre-Mauroy, Villeneuve-d’Ascq, dekat Lille, kelmarin. – AFP
Marek Hamsik meraikan jaringan ketika menentang Rusia di stadium Pierre-Mauroy, Villeneuve-d’Ascq, dekat Lille, kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Marek Hamsik sudah menunjukkan kematangan sebagai seorang insan dan juga sebagai pemain,” kata Kozak apabila ditanya sekiranya pemain berusia 28 tahun itu mungkin boleh menjadi antara pemain yang akan menyinar pada Euro 2016.

Hamsik nyata menjadi ancaman buat Russia, apabila bijak menggunakan kepakarannya dalam melakukan hantaran dan kawalan bola untuk melengahkan permainan buat Slovakia yang gemar bermain secara bertahan.