Han Chae Ah bakal berkahwin pada Mei depan

PELAKON Han Chae Ah dilaporkan bakal berkahwin tidak lama lagi dengan teman lelakinya dikenali sebagai Cha Se Jji.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh agensi Han Chae Ah, Mystic Entertainment baru-baru ini.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu dan majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada Mei depan.

Bagaimanapun majlis itu akan dibuat secara tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.

Han Chae Ah dilaporkan bakal berkahwin tidak lama lagi dengan teman lelakinya dikenali sebagai Cha Se Jji.

“Anda boleh hantar ucapan tahniah buat pasangan ini bermula hari ini,” kata wakil syarikat itu seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Han Chae Ah memberitahu pelakon itu tidak bercadang untuk memperlahankan karier seninya selepas berkahwin.

Sebaliknya dia akan terus aktif sebagai pelakon dan berharap peminat terus menyokong dan mendoakan kebahagian mereka.

“Harap semua menyokong Han Chae Ah yang masih aktif sebagai pelakon biarpun selepas berkahwin,” kata wakil agensi itu lagi.