Handanovic timbang tinggalkan Inter

Handanovic timbang tinggalkan Inter

MILAN, 8 Mei (AFP) – Kegagalan mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan membuatkan penjaga gol Inter Milan, Samir Handanovic (gambar) menimbangkan masa depannya bersama kelab gergasi Itali itu sekali pun baru menandatangani kontrak baharu, beberapa bulan lalu.

Kemenangan 2-1 di laman sendiri ke atas Empoli, semalam bermakna kelab bimbingan Roberto Mancini mengesahkan kedudukan keempat Serie A berbaki satu perlawanan.

Ia cukup untuk menempatkan kelab diberi jolokan Nerazzurri ke saingan Liga Europa, musim depan namun pemain kelahiran Slovenia, Handanovic terpaksa menunggu lebih lama untuk memenuhi impiannya beraksi di saingan lebih elit – Liga Juara-Juara.

“Saya mempunyai kontrak, namun dalam bola sepak kamu tidak akan tahu,” kata Handanovic di San Siro.

pg21_160509_c

“Tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara adalah tamparan yang besar kepada saya, ia berlaku setiap tahun. Ia sentiasa menjadi objektif utama saya.”

Handanovic yang akan terlepas perlawanan terakhir liga menentang Sassuolo minggu depan kerana penggantungan menandatangani kontrak lanjutan bersama Inter awal musim ini yang akan mengekalkannya di San Siro sehingga Jun 2019.

Kenyataan Handanovic pastinya akan menarik perhatian kelab-kelab ternama dunia kerana dia dianggap salah seorang penjaga gol terbaik di Itali dengan rekod bolosnya hanya 35 gol, paling sedikit dalam kancah domestik negara itu ketika ini.

ARTIKEL YANG SAMA