Hanis Montessori anjur Pesta Cuti Sekolah

Hanis Montessori anjur Pesta Cuti Sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Bagi mengakhiri cuti penggal pertama persekolahan, Hanis Montessori Playhouse hari ini menganjurkan ‘Pesta Cuti Sekolah’ untuk murid-murid di halaman sekolah itu bertemakan ‘Ladang.’

Turut berangkat ke pesta itu ialah cucunda Baginda Sultan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Za’eem dan cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Abdul Musawwir Sanaullah bin Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus. Ia turut dihadiri Pengarah Sekolah itu, Dayang Siti Salwa binti Haji Noor Ismadi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dan murid-murid juga berpakaian mengikut tema yang bertujuan membantu perkembangan dan mendidik mereka bersosial.

YAM Pengiran Anak Muhammad Za’eem berkenan bergambar ramai bersama murid-murid lain dan guru mereka.
YAM Pengiran Anak Muhammad Za’eem berkenan bergambar ramai bersama murid-murid lain dan guru mereka.

ARTIKEL YANG SAMA