Hanjin peruntukkan AS$90 juta atasi masalah

Hanjin peruntukkan AS$90 juta atasi masalah

SEOUL, 7 Sept – Kumpulan Hanjin di Korea Selatan berkata semalam ia akan menyediakan 100 bilion won (AS$90.4 juta) untuk unit perkapalannya untuk membantu mengurangkan gangguan besar yang dihadapi oleh pengangkutan laut global.

Hanjin, syarikat perkapalan ketujuh terbesar di dunia, berusaha mendapatkan perlindungan kemuflisan di dalam negara dan di AS selepas pemiutang menolak rancangan terbarunya untuk mengatasi hutang berjumlah AS$5.37 bilion.

Kemuflisannya adalah yang terbesar dalam sejarah perkapalan kontena, yang mengalami kemelesetan paling teruknya dalam enam dekad disebabkan perdagangan global yang lembap dan kemelesetan di China.

Gambar fail bertarikh 1 September 2016 menunjukkan, syarikat perkapalan Korea Selatan, Hanjin (atas) berlabuh di luar Pelabuhan Long Beach, California. - AP
Gambar fail bertarikh 1 September 2016 menunjukkan, syarikat perkapalan Korea Selatan, Hanjin (atas) berlabuh di luar Pelabuhan Long Beach, California. – AP

Lebih separuh daripada armada Hanjin – 79 buah kapal – sama ada telah terkandas di pelabuhan atau tidak dapat berlabuh, dengan pihak berkuasa bimbang syarikat berkenaan tidak mampu membayar bilnya.

Syarikat induknya, kumpulan Hanjin berkata ia akan membelanja 100 bilion won, yang termasuk satu sumbangan peribadi sebanyak 40 bilion won daripada pengerusinya dan pemegang saham terbesar Cho Yang-Ho, untuk “memulihkan” operasi kapal kontenanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA