Hanoi catat 308,000 pelancong semasa Tet

Hanoi catat 308,000 pelancong semasa Tet

HANOI, 16 Feb – Ibu negera Vietnam, Hanoi menerima hampir 308,000 pengunjung sepanjang cuti Tahun Baru (Tet) tahun ini, iaitu meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun lepas, menurut Jabatan Pelancongan.

Mulai 6 Februari hingga 12 Februari 2016, jumlah ketibaan pelancong asing mencapai lebih daripada 85,000, meningkat sebanayak 63 peratus, terutamanya pelancong dari Korea Selatan, China, Jepun dan Perancis, laporan dari Vietnam News Agency (VNA).

Jumlah pendapatan dari sektor pelancongan pada musim cuti Tet dianggarkan meningkat sebanyak 4 peratus kepada VND984 bilion (hampir AS$43 juta).

Manakala dari 8 Februari sehingga 12 Februari 2016 (hari pertama hingga hari kelima dalam kalendar tahun baru Cina), kira-kira 150,000 bercuti melawat Kuil Kesusasteraan. Kebanyakkan yang mengunjungi kuil tersebut adalah untuk berdoa agar bernasib baik dalam peperiksaan pada tahun baru yang akan datang.

Dibina pada tahun 1070, ia adalah sebagai penghormatan kepada Confucius, pengikutnya dan Chu Van An, seorang tokoh teladan dalam pendidikan Vietnam, Van Mieu – Quoc Tu Giam adalah ahli sejarah dan budaya yang terkenal di Kuil Kesusasteraan dan universiti pertama di Vietnam. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA