Hanoi kecam China

Hanoi kecam China

HANOI, 13 Jan (AFP) – Hanoi menuduh Beijing membuat “kenyataan salah” dalam pertengkaran diplomatik terbaru mengenai penerbangan ke terumbu yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

China telah menjalankan beberapa penerbangan pada tahun ini menerusi ruang udara Vietnam ke landasan kapal terbang yang baru dibina di terumbu Fiery Cross di kumpulan Spratly Island, yang dituntut oleh kedua-dua negara.

Vietnam telah menuduh Beijing mengancam keselamatan serantau dengan penerbangan “yang tidak diumumkan itu,” tetapi China menjawab balik, berkata ia mempunyai hak untuk menjalankan “aktiviti penerbangan kerajaan.”

Hanoi meluahkan kata-kata yang pedas itu lewat semalam dalam perbalahan diplomatik yang semakin meningkat, berkata China sedang membuat “kenyataan salah” dengan mendakwa ia telah menghubungi kawalan lalu lintas udara Vietnam mengenai penerbangan itu.

“Pusat Kawalan Ho Chi Minh tidak menerima sebarang pemberitahuan oleh China mengenai pelan penerbangan,” kata jurucakap Kementerian Luar Le Hai Binh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

Penerbangan “bertujuan mendesak tuntutan kedaulatan mereka ke atas gugusan kepulauan Trong Sa,” kata beliau, merujuk kepada Spratly dengan nama Vietnam mereka.

Vietnam pada tahun ini mencatat sekurang-kurangnya 46 kejadian kapal terbang Vietnam terbang tanpa amaran menerusi ruang udara yang diawasi oleh kawalan lalu lintas udara di selatan metropolis Ho Chi Minh, sebelumnya dikenali sebagai Saigon, menurut pihak berkuasa yang dipetik oleh media tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA