Hantar piza guna dron pertama di dunia

Hantar piza guna dron pertama di dunia

WELLINGTON, 16 Nov – Penghantaran piza menggunakan dron yang pertama di dunia telah dimulakan hari ini oleh syarikat gergasi makanan segera Domino’s cawangan New Zealand, ketika ia cuba merebut peluang dalam potensi hebat pasaran masa depan.

Domino’s berkata ia menggunakan kenderaan udara tanpa manusia untuk menghantar dua bungkusan piza kepada seorang pelanggan di Whangaparaoa, hanya ke utara Auckland.

Bos firma, Don Meij berkata dron itu dijangka akan menjadi bahagian penting bagi penghantaran piza.

“Ia boleh mengelak kesesakan lalu lintas dan lampu trafik, dan mengurangkan waktu penghantaran serta jarak perjalanan langsung ke rumah pelanggan,” katanya lagi.

“Ini adalah masa depan. Penghantaran berjaya hari ini itu adalah bukti penting mengenai konsep ini.”

Menurutnya percubaan itu akan terus diadakan di Whangaparaoa minggu ini, dengan tujuan untuk memperluaskan kawasan penghantaran tahun depan.

Domino’s berkata ia juga berhasrat untuk menggunakan dron di Australia, Belgium, Perancis, Netherland, Jepun dan Jerman.

Pada Mac, syarikat itu mendedahkan kart robot yang telah menjalani percubaan di New Zealand yang didakwanya kenderaan menghantar piza tanpa pemandu pertama di dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA