Hantar sisa makanan ke kilang pemprosesan baja organik

Hantar sisa makanan ke kilang pemprosesan baja organik

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) – Pengusaha restoran dan hotel di Sabah disaran menghantar sisa makanan ke kilang pemprosesan baja organik yang ada di negeri ini untuk diproses menjadi produk baja bersifat mesra alam, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Makanan negeri berkata dengan menghantar sisa makanan di kilang berkenaan, ia dapat mengurangkan pencemaran selain melupuskan sisa makanan secara lebih efektif dan inovatif.

“Kawasan-kawasan perumahan juga boleh melakukan perkara sama dengan menghubungi seterusnya menghantar sisa makanan ke kilang memproses baja organik untuk dijadikan produk baja yang bermanfaat kepada sektor pertanian,” katanya.