Hanya cedera ringan

Hanya cedera ringan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Nasib menyebelahi seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun apabila kereta salon yang dipandunya renyuk dihempap lori seberat 10 tan namun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan.

Menurut polis, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ngeri itu pada pukul 2 petang.

Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian lori berkenaan dalam perjalanan menuruni bukit Jalan Telanai menuju ke Kampung Bunut, dan menurut pemandunya, beliau cuba menekan brek namun kurang berfungsi.

Pemandu itu cuba mengelak daripada melanggar kereta di depannya yang berhenti di lampu isyarat dengan memasuki laluan susur ke Jalan RIPAS menuju ke Bandar Seri Begawan, namun di selekoh jalan susur dia hilang kawalan ke atas lori berkenaan lalu tumbang ke atas sebuah kereta salon dan mengakibatkan pemandunya terperangkap.

Mangsa yang terperangkap di dalam kereta hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan.
Mangsa yang terperangkap di dalam kereta hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan.
Anggota paramedik berada di tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa.
Anggota paramedik berada di tempat kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa.

Kereta salon berkenaan mengalami kerosakan teruk dan memerlukan bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan pemandunya yang terperangkap selama kira-kira dua jam.

Pemandu kereta salon berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi rawatan lanjut, manakala pemandu lori berkenaan, seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA