Hanya kerana komisen $26.50

Hanya kerana komisen $26.50

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Hanya kerana komisen $26.50, seorang lelaki Malaysia dijatuhi denda $21,200 atau berdepan 14 bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Yunus Kolong, 59, didapati memiliki 53 karton rokok pada 22 Jun 2015 sekitar jam 6:30 pagi di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah.

Fakta kes menyebut tertuduh ditahan oleh pegawai kastam di pos tersebut di mana tertuduh memberitahu tidak ada barang yang hendak diisytiharkan namun pemeriksaan yang dijalankan menemui rokok-rokok disembunyikan di bahagian enjin dan dalam pintu kereta yang dipandu tertuduh.

Tertuduh memberitahu dia sepatutnya menghantar rokok-rokok itu ke tempat kerjanya di negara ini jika terlepas daripada pemeriksaan kastam yang mana dia akan diberi komisen sebanyak 50 sen untuk satu karton
rokok.

ARTIKEL YANG SAMA