Hapag-Lloyd, UASC bergabung

Hapag-Lloyd, UASC bergabung

FRANKFURT, 18 Julai – Syarikat perkapalan kontena Jerman, Hapag-Lloyd mengumumkan hari ini ia sedang bergabung dengan Syarikat Perkapalan Arab Bersatu untuk menjadi salah sebuah syarikat perkapalan lima teratas di dunia ketika penyatuan dalam sektor berkenaan terus berlaku de-ngan cepat.

“Hapag-Lloyd AG dan Syarikat Perkapalan Arab Bersatu (UASC) telah menandatangani Persetujuan Gabungan Perniagaan untuk menyatukan kedua-dua syarikat, tertakluk kepada peraturan dan persetujuan kontraktual yang perlu,” menurut firma itu dalam satu kenyataan.

Syarikat-syarikat yang bergabung itu menjadi firma kontena kelima terbesar di dunia dengan kadar pusing ganti tahunan sekitart AS$12 bilion (10.8 bi-lion euro).

Tidak ada butiran kewangan lain didedahkan.

“Gabungan strategik ini memberi manfaat yang banyak bagi kedua-dua pengangkutan – ketika kami boleh menggabungkan kehadiran global armada UASC yang efisien dan berkembang dengan pangkalan pelanggan Hapag-Llyod yang lebih kukuh, liputan pasaran pelbagai dan meluas,” kata ketua eksekutif firma Jerman, Habben Jansen.

Sebaik saja kapal UASC disepadukan ke dalam armada, Hapag-Llyod akan memiliki 237 kapal terapung dengan jumlah keseluruhan 1.6 juta TEU (twenty-foot equivalent unit, yang mana ukuran standard sebuah kontena), dijangka akan menghantar sekitar 10 juta TEU ke destinasi di seluruh dunia setiap tahun.

Firma gabungan itu akan masih lagi disenarai dalam bursa saham Jerman dan mengekalkan ibu pejabat Hapag-Lloyd di bandar pelabuhan utara, Hamburg.

Pemegang saham majoriti UASC, Qatar Holding LLC dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, akan memiliki saham sekitar 14 peratus dan 10 peratus dalam syarikat gabungan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA