HAPPY teruskan jelajah ke SM Sayyidina Ali

HAPPY teruskan jelajah ke SM Sayyidina Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – HAPPY atau nama penuhnya HIV Awareness Programme for Peers & Youth meneruskan jelajahnya ke Sekolah Menengah Sayyidina Ali di Kuala Belait semalam.

Sekumpulan sukarelawan dari Majlis AIDS Brunei Darussalam, yang diketuai oleh Presiden persatuan tersebut, Awang Iswandy bin Ahmad dan Dayang Siti Kailene binti Mohd Jazlan Kashfi, Setiausaha Aktiviti dan Acara, berkongsi program tersebut bersama sekitar 80 orang penuntut yang juga terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Remaja.

Pelbagai aktiviti turut diadakan yang membabitkan perbincangan dan pembentangan mengenai bagaimana AIDS boleh merebak, permainan peranan mengenai sikap seksual, perdebatan, kuiz dan menonton klip video mengenai isu terbabit.

Program tersebut yang juga kerjasama di antara Majlis AIDS Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, akan meneruskan jelajahnya ke Sekolah St. George, Universiti Brunei Darussalam dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah, Lumut pada Ogos depan.

Bermula bulan September, program dirancang akan menumpukan bagi kumpulan-kumpulan beruniform, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan sekolah-sekolah dan maktab yang lain.

Pelbagai aktiviti diadakan, merangkumi perbincangan dan pembentangan mengenai bagaimana AIDS boleh merebak, permainan peranan mengenai sikap seksual, perdebatan, kuiz dan menonton klip video mengenai isu terbabit.
Pelbagai aktiviti diadakan, merangkumi perbincangan dan pembentangan mengenai bagaimana AIDS boleh merebak, permainan peranan mengenai sikap seksual, perdebatan, kuiz dan menonton klip video mengenai isu terbabit.

Program yang memenangi anugerah itu berada di tahun ke lapan (sejak 2007) dan ia dikendalikan secara bersama oleh Kelab Penyinar, kelab belia dari Majlis AIDS Brunei Darussalam.

HIV adalah virus yang mengakibatkan AIDS dan AIDS adalah keadaan tubuh di mana sistem imun tidak lagi dapat melindungi tubuh. HIV boleh merebak melalui hubungan seks yang tidak selamat bersama pasangan yang dijangkiti, berkongsi jarum bersama orang yang dijangkiti, ibu kepada anak melalui kelahiran dan jangkitan melalui produk darah.

Sehingga Disember tahun lepas, terdapat 105 kes kumulatif tempatan HIV & AIDS di Brunei Darussalam, yang melibatkan kes-kes dari heteroseksual dan hubungan sesama jantina. Kes-kes dari penggunaan dadah melalui suntikan adalah jarang didengarkan di Brunei Darussalam.

Majlis AIDS Brunei Darussalam, menerusi usahanya meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai HIV & AIDS dan perkara berhubung kait mengalu-alukan mana-mana sekolah, maktab atau agensi bekerjasama dan menghubungi talian 2345573, e-mel penyinarbdac@gmail.com.

ARTIKEL YANG SAMA