Haramain akan ganti bas jemaah menjelang 2016

Haramain akan ganti bas jemaah menjelang 2016

JEDDAH, 29 Sept (Arab News) – Landasan kereta api laju Haramain akan menggantikan semua pengangkutan bas jemaah antara Mekah dan Madinah menjelang Disember 2016.

Sebanyak 35 kereta api akan beroperasi tahun depan bagi kemudahan lebih dua juta jemaah haji, menurut pegawai tempatan Haramain dipetik sebagai berkata baru-baru ini oleh penyiaran tempatan. Setiap kereta api akan mempunyai 15 gerabak dan tiga gerabak kelas pertama, ujarnya.

Kerja-kerja sudah hampir selesai di stesen kereta api di Madinah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah, Rabigh, sementara stesen di Mekah dan Jeddah hampir selesai, menurut pegawai.

Ujian sedang dijalankan di landasan antara Madinah dan Rabigh. Kerja-kerja ke atas signal, infrastruktur elektrik dan sistem lain juga diuruskan dengan baik.

“Kereta api Haramain akan membuat perjalanan pada kelajuan lebih 300km/s. Perjalanan antara Jeddah dan Mekah hanya akan mengambil setengah jam, sementara Jeddah dan Madinah akan mengambil masa kira-kira dua jam,” menurut pegawai.