Harap City temui resipi kejayaan

Harap City temui resipi kejayaan

LONDON, 25 Sept (AFP) – Yaya Toure berharap pengurus Manchester City Manuel Pellegrini telah menemui resipi kejayaan serangan menjelang kunjungan ke Tottenham.

Pasukan Pellegrini menyaksikan permulaan 100 sempurna musim ini terjejas dengan kekalahan berturut-turut menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara dan West Ham dalam Liga Perdana.

Bagaimanapun, kemenangan 4-1 ke atas Sunderland dalam Piala Liga pada pertengahan minggu mencadangkan semangat Citizen sudah pulih.

City mempunyai kelebihan dua gol dalam setiap perlawanan dalam Liga Perdana setakat musim ini, tetapi midfield Ivory Coast Toure menggambarkan bahawa pendahulu awal akan menjaringkan lebih banyak gol apabila pemain yang baru di tandatangani Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne sudah menyesuaikan diri.

“Di Afrika kami menyatakan ia seperti mayones – anda menggabungkannya,” kata Toure. “Adalah sukar ketika ini kerana kami membawa masuk beberapa pemain seperti De Bruyne dan Sterling. Kami perlu memastikan mereka merasakan sebahagian daripada pasukan.”

Manuel Pellegrini. – Reuters
Manuel Pellegrini. – Reuters

Pellegrini memilih pasukan kuat di Sunderland, membuat hanya tiga pertukaran – salah seorang yang menguatkan bahagian pertahanan Eliaquim Mangala yang mengalami kecederaan otot pada perlawanan Sabtu lalu.

Kecergasan Mangala akan dinilai sebelum kunjungan ke White Hart Lane, begitu juga dengan pertahanan Vincent Kompany yang terlepas dua perlawanan sejak mengalami masalah kaki menentang Juventus.

“Kami akan melihat dari sekarang sehingga esok di mana pemain boleh pulih,” kata Pellegrini. “Ramai pemain kami cedera. Sekurang–kurangnya lapan. Saya berharap sekurang–kurangnya sebahagian daripada mereka akan cergas.”