Harap jejanta...

Harap jejantas lama ditambah atap

SEPINTAS lalu jika kita berkelana melalui jalan-jalan raya di Bandar Seri Begawan, kita dapat menyaksikan jejantas yang membantu pejalan kaki menyeberang jalan yang sibuk secara aman dan selamat.

Yang lebih eloknya jejantas tersebut dipasang dengan atap pelindung daripada panas dan hujan.

Namun ada jejantas yang dibina sebelum kemerdekaan tidak dilengkapkan dengan atap pelindung dan sehingga ini menjadi rungutan kepada pengguna, khususnya yang menghubungkan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

Satu lagi jejantas yang serupa terletak di depan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

Memang pada yang lama menggunakan jejantas yang berusia hampir setengah abad ini, ianya berjasa kepada semua pengguna jalan raya.

Namun pihak-pihak yang berkenaan diharap akan mempertimbangkan cadangan bagi melengkapkan jejantas tersebut dengan atap pelindung yang diharap akan menambah keselesaan kepada penggunanya.

Semoga langkah ini akan dilaksanakan sepenuhnya. – UGAN BRUNEI, BANDAR SERI BEGAWAN

ARTIKEL YANG SAMA