Harap tuah Old Trafford

Harap tuah Old Trafford

MANCHESTER, 23 Sept – Tekanan ke atas pengendali Manchester United Jose Mourinho sedikit reda selepas berjaya menewaskan Northampton Town di pertengahan minggu, tetapi ia tidak bermakna sekiranya mereka tewas kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester City malam esok.

United menamatkan deretan tiga kekalahan – kali pertama dialami Mourinho sejak tahun 2002 ketika dia bersama Porto – dengan kemenangan 3-1 ke atas kelab League One Northampton dalam saingan Piala Liga Rabu lalu.

Keputusan itu membolehkan United mara ke kelompok 16 terakhir bertemu Manchester City, yang rekod kemenangan 100 peratus pada permulaan musim baru di bawah Pep Guardiola jauh berbeza daripada pencapaian United.

United memenangi tiga perlawanan pertama Liga Perdana di bawah Mourinho, termasuk menewaskan Leicester dalam aksi Perisai Komuniti, tetapi kemudian tewas kepada City dan Watford, serta kekalahan Liga Europa di tangan kelab Belanda Feyenoord.

Mourinho masih mengharapkan tuah laman sendiri walaupun mendapat sedikit suntikan semangat selepas menewaskan Northampton Town pada aksi Piala Liga, Rabu lalu. – AP
Mourinho masih mengharapkan tuah laman sendiri walaupun mendapat sedikit suntikan semangat selepas menewaskan Northampton Town pada aksi Piala Liga, Rabu lalu. – AP

Pemerhati mempersoalkan taktikal serta pemilihan pasukan oleh Mourinho, dan ada yang berpendapat kritikan pengendali itu terhadap pemain tertentu di dalam bilik persalinan tidak membantu United.

“Kami mempunyai tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri dan ia sentiasa bagus apabila beraksi di laman sendiri,” kata Mourinho yang melabelkan pengkritiknya sebagai Albert Einstein.

“Jika peminat kecewa dengan minggu lalu, saya amat memahaminya. Tetapi saya pasti mereka akan memberi sokongan padu kepada pasukan seperti selalu.

“Kami mengharungi minggu yang teruk. Saya sedar dunia ini dipenuhi dengan Einsteins. Mereka cuba memadamkan 16 tahun karier saya, cuba memadamkan sejarah cemerlang Manchester United. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA