Harapan Cavendish beraksi di Rio terjejas

Harapan Cavendish beraksi di Rio terjejas

LONDON, 6 Mac (AFP) – Harapan Mark Cavendish untuk bersaing pada Olimpik Rio terjejas apabila dia menamatkan di tempat keenam pada Kejuaraan Berbasikal Trek Dunia di London semalam.

Cavendish menetapkan sasaran bagi menyudahkan kedudukan tiga teratas oleh jurulatih Berbasikal Britih jika dia mahu memenangi pemilihan ke dalam skuad Rio, tetapi persembahan hambar pada uji masa dan individu menyaksikannya menamatkan di luar pungutan pingat ketika Fernando Gaviria Rendon memenangi pingat emas.

“Saya berharap melakukan yang secukupnya bagi pemilihan. Saya tidak tahu. Kami bernasib baik bersama GB di mana kami mempunyai sekumpulan penunggang yang kuat untuk pergi ke Sukan Olimpik. Kami memiliki penunggang yang hebat.”

Gaviria dari Colombia berjaya mempertahankan gelarannya sebaik mungkin di depan 8,000 peminat di Lee Valley VeloPark.

Penunggang jalan Etixx-Quick-Step menyingkirkan dua pesaingnya dalam penyudah yang luar biasa dalam enam acara persaingan dengan persembahan taktikal menarik bagi mata perlumbaan.

Dengan pendahuluan bertukar tangan beberapa kali dalam tempoh 160 pusingan bagi perlumbaan menentukan mata, tiga kedudukan teratas belum dapat ditentukan sehingga pusingan ke-16 dan pecutan terakhir bagi perlumbaan 40 kilometer ketika Gaviria, 21, melepasi garisan penamat di depan Roger Kluge dari Jerman dan Glenn O’Shea dari Australia.

ARTIKEL YANG SAMA