Harapan Chelsea tergantung

Harapan Chelsea tergantung

KIEV, 21 Okt – Harapan Chelsea untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara masih tergantung selepas hanya mampu seri 0-0 di Dynamo Kiev semalam biarpun persembahan meningkat di Stadium Olympic.

Dalam perlawanan dengan keadaan cuaca sejuk dan berkabus di ibu negara Ukraine semalam, pengurus Chelsea Jose Mourinho menyaksikan pasukannya menggegarkan tiang gol menerusi Eden Hazard dan Willian, tetapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Mourinho juga merasakan Chelsea seharusnya diberikan sepakan penalti selepas Cesc Fabregas dijatuhkan dalam kotak penalti Dynamo pada babak pertama.

Menyokong ulasan baru–baru ini me-ngenai pengadilan yang dibuat oleh pengurus Arsenal Arsene Wenger, yang mana Mourinho tertanya–tanya selepas didenda oleh Persekutuan Bola Sepak kerana ulasannya, dia memberitahu BT Sport: “Pengadil lemah dan naif.

“Penalti yang besar. Saya tidak faham apakah tujuan pengadil, kerana dia tidak membuat keputusan yang jelas. Dan apabila keputusan terikat seri 0-0 dan sepakan penalti seperti itu tidak diberikan, ia perkara penting dalam perlawanan.”

Reaksi Jose Mourinho semasa pasukannya menentang Dynamo Kiev di Stadium Olimpik di Kiev, semalam. – AFP
Reaksi Jose Mourinho semasa pasukannya menentang Dynamo Kiev di Stadium Olimpik di Kiev, semalam. – AFP

Setelah tewas 2-1 pada perlawanan sebelumnya di Porto, ia bermakna juara Liga Perdana itu melalui dua perlawanan tanpa kemenangan dalam Kumpulan G, yang meninggalkan mereka tiga mata di bawah Porto dan satu mata di belakang Dynamo. Dengan perlawanan menentang Dynamo dan Porto, begitu juga kunjungan ke Maccabi Tel Aviv, Mourinho masih yakin pasukannya akan mara.– AFP