Harapan China sertai Piala Dunia mungkin terjejas

Harapan China sertai Piala Dunia mungkin terjejas

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Biar-pun pelaburan besar-besaran dalam sukan domestik dan luar negara baru-baru ini, harapan China untuk layak bagi Piala Dunia 2018 mungkin terjejas jika pasukan itu tewas di laman sendiri menentang Iran.

Kekalahan 3-2 di Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan bagi pusingan akhir kelayakan Asia minggu lalu bermakna kekalahan di Shenyang esok jelas meninggalkan China enam mata dari dua tangga teratas dalam Kumpulan A yang menawarkan kemaraan secara automatik ke Rusia pada 2018.

Dengan lebih dari AS$400 juta dibelanjakan oleh kelab-kelab Liga Super China pada 2016 ke atas pemain-pemain luar negara yang terkenal begitu juga dengan program perkembangan belia menghimpunkan langkah itu, terdapat optimis yang meningkat bagi masa depan sukan itu di negara yang paling padat dengan penduduk di dunia bagi jangka masa panjang. Dalam jangka masa pendek, kebanyakannya bergantung ke atas kemenangan menentang pasukan Iran walaupun terlalu awal dalam kelayakan.

China mengekori Korea Selatan 3-0 dengan perlawanan berbaki 20 minit tetapi jaringan menerusi Yu Hai dan Hao Junmin memaksa pasukan separuh akhir Piala Dunia 2002 untuk bertahan bagi wisel penamat.

Dan jurulatih Gao Hongbo mahu pasukan kendaliannya, China untuk meneruskan di mana ia ditinggalkan di Seoul.

“Jika kami mahu menentang Iran dengan semangat yang sama seperti perlawanan lalu, kami boleh mendapatkan keputusan yang bagus,” katanya. “Terdapat baki sembilan perlawanan dalam kumpulan itu dan ini adalah perlawanan di laman sendiri pertama kami.

“Kami perlu melakukan yang terbaik di depan peminat kami jika kami mahu mencapai tujuan kami untuk layak bagi Piala Dunia.”

Kebangkitan pada Khamis lalu menentang Korea Selatan, pasukan di mana China memiliki rekod teruk menentang pasukan dengan satu kemenangan dalam 31 pertemuan meningkatkan keyakinan dan mempunyai peminat dan media domestik optimis bagi masa yang lebih baik.

“Keputusan itu adalah kekalahan tetapi kami melihat pasukan China tidak akan pernah berputus asa,” kata Yu Hongchen, naib pengerusi Persekutuan bola Sepak China. “Jangan berputus asa, jangan mengaku kalah adalah perasaan bagi sebahagian pasukannya.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA