Harapan China terjejas

Harapan China terjejas

XIAN, China, 7 Okt – Syria menjejaskan harapan China untuk layak ke Piala Dunia buat kali kedua selepas mengejutkan kuasa baru bola sepak Asia itu 1-0 pada aksi kelayakan semalam.

Jaringan Mahmoud Al-Mawas pada minit ke-54 menyelesaikan permainan panas di Xian menyebabkan China kandas kerana satu mata selepas tiga perlawanan pertama Kumpulan A.

China di ranking ke-78 dunia bercita-cita untuk menjadi tuan rumah dan memenangi Piala Dunia, tetapi Al-Mawas menjejaskan harapan mereka untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kebuntuan pecah apabila penyerang berjambang itu mendapat hantaran jauh dan merembat dengan sentuhan pertamanya ke arah penjaga gol Gu Chao sebelum mengawal bola melantun menggegar gawang.

Pemain Syria Omar Khrbin (kanan) bersaing dengan pemain China Ren Hang (kiri) dalam aksi kelayakan Kumpulan A di Stadium Shanxi, kelmarin. – AFP
Pemain Syria Omar Khrbin (kanan) bersaing dengan pemain China Ren Hang (kiri) dalam aksi kelayakan Kumpulan A di Stadium Shanxi, kelmarin. – AFP

Syria sepatutnya mendapat gol pada minit ke-73 tetapi Omar Kharbin gagal menyudahkan peluang terbuka hasil umpanan Al-Mawas.

Walaupun Syria bermain di tempat neutral kerana perang, negara retak itu mendahului China dalam Kumpulan A untuk berkongsi empat mata dengan Iran yang akan menentang Uzbekistan kemudian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA