Harapan emas Brazil melalui bola sepak terjejas

Harapan emas Brazil melalui bola sepak terjejas

SAO PAULO, 1 Ogos – Harapan Brazil untuk memenangi pingat emas Olimpik pertama dalam persaingan bola sepak terjejas semalam apabila penjaga gol, Fernando Prass disingkirkan dari skuad itu kerana mengalami kecederaan siku kanan.

Persekutuan bola sepak Brazil berkata Prass tidak akan beraksi dalam perlawanan itu selepas ujian menunjukkan keretakan terhadap siku penjaga gol itu. Jurulatih Rogerio Micale menggantikan Prass dengan Weverton, 28, dari kelab Atletico Paranaense, Brazil.

Prass terlepas beberapa sesi latihan minggu lalu selepas mengalami kecederaan di sikunya hari ini. Dia dilihat pulih dan dijangka akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun pada Sabtu tetapi direhatkan selepas mengalami semula kecederaan di siku dalam perlawanan pemanasan pra perlawanan.

Penjaga gol Palmeiras, 38, adalah salah seorang dari beberapa pemain tertua yang dipilih dari yang berusia 23 tahun, bersama dengan bintang penyerang, Neymar dan pemain midfield, Renato Augusto. Neymar adalah kapten pasukan Brazil di Sukan Rio selepas tewas dalam peringkat Piala Dunia di tempat sendiri dua tahun lalu kerana kecederaan belakang. Prass belum pernah dipanggil bagi pasukan kebangsaan sebelum ini.

Aksi Neymar (tengah) dengan pemain Jepun Sei Maroya, (kanan), dan Yosuke Ideguche, (kiri), semasa permainan bola sepak persahabatan menentang Jepun bagi persediaan permainan Sukan Olimpik, di Goiania, Brazil, Sabtu lalu. – AP
Aksi Neymar (tengah) dengan pemain Jepun Sei Maroya, (kanan), dan Yosuke Ideguche, (kiri), semasa permainan bola sepak persahabatan menentang Jepun bagi persediaan permainan Sukan Olimpik, di Goiania, Brazil, Sabtu lalu. – AP

‘Saya memberikan yang terbaik untuk memenuhi impian saya beraksi bagi pasukan kebangsaan tercapai, tetapi malangnya ia tidak akan berlaku ketika ini,’ kata Prass dalam Twitter selepas menjalanu ujian perubatan pada Sabtu lalu. ‘Saya akan pulih dan kembali lebih kuat untuk beraksi bagi Palmeiras dan berharap bagi pasukan kebangsaan.”

Skuad dari Brazil itu berada di bawah tekanan untuk memenangi perlawanan didepan penyokong tuan rumah sendiri. Pingat emas adalah satu–satunya trofi yang belum dimenangi juara dunia lima kali itu dalam bola sepak. – AP