Harapan Guardiola

Harapan Guardiola

BERLIN, 16 Ogos (AFP)  – Pep Guardiola mahu menyaksikan Bayern Munich mara sekurang kurangnya empat kedudukan terakhir Liga Juara–Juara dalam apa yang dilihat mungkin musim terakhirnya dalam mengendalikan pasukan gergasi Jerman.

Kontrak sekarang Guardiola mansuh pada akhir kempen dan menyaksikan Bayern disingkirkan dari separuh akhir di Eropah dalam setiap dua musim lalu, dia mahu mereka melakukan sekurang–kurangnya musim ini.

Juara bertahan, Bayern memulakan musim Jerman di laman sendiri dengan kemenangan 4-0 menentang Hamburg ketika mereka berazam untuk menjadi pasukan yang pertama memenangi empat gelaran Bundesliga berturut–turut.

Mereka mara menuju gelaran dengan margin 10 mata di depan pasukan tangga kedua Wolfsburg musim lalu dan membelasah Hamburg 8-0, tetapi Guardiola tidak melihat ia sebagai jaminan ketika pasukannya bersedia untuk menghoskan HSV sekali lagi.

“Kami menang sekali lagi pada kedudukan 1-0 (menentang Hamburg). Sebelum setiap perlawanan saya melihat kepada pesaing, tetapi 80 peratus dari fokus saya adalah kepada pasukan saya,” kata bekas jurulatih Barcelona. “Perkara penting adalah apa yang kami lakukan.

Reaksi Guardiola apabila pasukannya menjaringkan gol keempat semasa menentang Hamburg kelmarin. – Reuters
Reaksi Guardiola apabila pasukannya menjaringkan gol keempat semasa menentang Hamburg kelmarin. – Reuters

“Sudah tentu, saya mahu memenangi gelaran (Bundesliga). Tidak seorang pun memenanginya empat kali (berturut–turut) sehingga sekarang dan ia adalah langkah besar kelab tetapi kami mempunyai beberapa pesaing yang kuat.

“Selain itu, saya mahu mara ke separuh akhir Liga Juara–Juara dengan semua pemain yang cergas. Kemudian kita lihat apa yang akan berlaku.”

Sementara itu, Borussia Dortmund memberikan amaran kepada juara bertahan Bayern Munich dalam kemenangan 4-0 ke atas Borussia Moenchengladbach pada aksi pembukaan musim baru Bundesliga semalam.

Selepas Jurgen Klopp meletak jawatan musim lalu, jurulatih baru Dortmund Thomas Tuchel memulakan kendaliannya dengan bergaya apabila pemain sayap kiri Henrikh Mkhitaryan menjaringkan dua gol dan Marco Reus serta Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing menjaringkan satu gol.

Bayern memulakan pemburuan empat gelaran berturut–turut apabila membenam Hamburg 5-0 di laman sendiri Jumaat lalu. Tetapi juara Jerman 2012 itu menggambarkan pasukan Bavaria Pep Guardiola mungkin tidak mendapat semuanya musim ini apabila membenam Gladbach yang selesai di tangga ketiga musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA