Harapan Hotspurs terjejas

Harapan Hotspurs terjejas

LONDON, 26 April – Prospek Tottenham Hotspur untuk mengejar Leicester City dalam persaingan menarik Liga Perdana terjejas apabila tercicir dua mata dalam keputusan seri 1-1 menentang West Bromwich Albion di White Hart Lane, semalam.

Pemain pertahanan Albion, Craig Dawson membuat perubahan dengan jaringan sendiri pada minit ke-33 menerusi tandukan pada 17 minit sebelum tamat, sekali gus memberikan kesan besar untuk takdir gelaran Inggeris musim ini.

Leicester mencatatkan tujuh mata di depan Spurs dengan baki tiga perlawanan dan jika mereka menewaskan Manchester United di Old Trafford Ahad ini, The Foxes akan menjadi juara bola sepak Inggeris buat kali pertama, tanpa mengira apa yang Tottenham lakukan musim ini.

Kedudukan Spurs bertambah buruk apabila mereka akan kehilangan seorang pemain utama pada penutup musim ini selepas rakaman video muncul dalam Twitter menunjukkan Dele Alli jelas menumbuk midfield Albion, Claudio Yacob di perut pada separuh masa pertama.

Insiden itu tidak dapat dilihat oleh pengadil perlawanan Mike Jones dan Persekutuan Bola Sepak England sekarang dilihat akan mengkaji insiden itu.

Pemain West Brom, Craig Dawson (tertiarap) selepas menjaringkan gol sendiri semasa menentang Spurs di White Hart Lane di London, kelmarin. – AP
Pemain West Brom, Craig Dawson (tertiarap) selepas menjaringkan gol sendiri semasa menentang Spurs di White Hart Lane di London, kelmarin. – AP

Jika Alli, yang baru dimahkotakan sebagai Pemain Harapan Tahunan Persatuan Pemain Profesional dihukum selayaknya, dia akan digantung daripada beraksi untuk baki kempen kelab dari utara London itu.

Pada Ahad, Leicester mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana dengan kemenangan 4-0 membenam Swansea. Keputusan itu bermakna tidak ada lagi ruang untuk kesilapan bagi Tottenham.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino menurunkan pasukan yang sama ketika membenam Stoke City 4-0 seminggu sebelumnya, sementara Albion dipaksa untuk membuat perubahan.

Saido Berahino, yang Tottenham cuba pancing di luar musim tetapi gagal, diketepikan dari kesebelasan utama setelah cedera buku lali ketika menentang Arsenal Khamis lalu. – AFP