Harapan Lee Chong Wei berakhir

Harapan Lee Chong Wei berakhir

SINGAPURA, 12 Jun (AFP) – Penyertaan pertama Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan SEA 2015 berakhir berakhir lebih awal apabila Malaysia tewas 3-2 kepada Indonesia dalam perlawanan separuh akhir pasukan lelaki semalam.

Lee, 32, menewaskan Firman Abdul Kholik 21-19, 21-10 tetapi kempen Malaysia berakhir apabila Ihsan Maulana Mustofa memenangi raber kelima ke atas Mohamad Arif.

Bekas jaguh badminton dunia itu, yang baru-baru ini kembali daripada pengharaman dadah dan sedang bersiap sedia untuk bermain dalam kejohanan dunia pada Ogos, menghabiskan 48 minit sahaja di gelanggang dalam dua kemenangannya.

Lee tidak bercakap dengan wartawan selepas kekalahan Malaysia tetapi sejurus selepas perlawanannya, dia memberi petunjuk bahawa dia mungkin kembali untuk satu lagi Sukan Asia Tenggara.

“Lihat dulu keadaan saya,” katanya, apabila ditanya sama ada berminat untuk bermain apabila Malaysia menjadi tuan rumah dalam edisi 2017.

Lee Chong Wei meraikan kejayaan selepas menewaskan pemain Indonesia Firman Abdul Kholik (kiri) dalam acara Badminton Lelaki Berpasukan Sukan SEA Ke-28 di Stadium Tertutup semalam. – Bernama
Lee Chong Wei meraikan kejayaan selepas menewaskan pemain Indonesia Firman Abdul Kholik (kiri) dalam acara Badminton Lelaki Berpasukan Sukan SEA Ke-28 di Stadium Tertutup semalam. – Bernama

Pengarah teknikal pasukan Morten Frost berkata pemain lelaki Malaysia perlu ‘menyelami jiwa’ selepas penyingkiran awal mereka di Singapura.

“Kami perlu menyelami jiwa untuk pasukan lelaki tetapi pada keseluruhannya saya fikir ia adalah satu prestasi yang hebat pada malam ini dan dengan sedikit nasib kami dapat melakukannya,” beritahu Frost kepada wartawan.

Lee tidak akan bermain dalam acara perseorangan disebabkan dia menumpukan pada kejohanan lain untuk mempertingkat rankingnya, yang telah merosot kepada 46 selepas pengharaman doping.

“Saya mahu melayakkan diri untuk Olimpik pada tahun depan dan ranking saya perlu dipertingkatkan. Itulah sebabnya saya bermain pada kejohanan Terbuka AS dan Kanada,” kata Lee, merujuk kepada kejohanan pada akhir Jun dan awal Julai.

ARTIKEL YANG SAMA