Harapan Microsoft pada Windows 10

Harapan Microsoft pada Windows 10

SAN FRANCISCO, 26 Julai (AFP) – Microsoft bermatlamat untuk membina hubungan berkekalan dengan Windows 10, sistem pengendalian yang akan dilancarkan pada Rabu depan dan dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk memulihkan semula nasib syarikat gergasi teknologi yang pernah menjadi dominan itu.

Buat pertama kali, Microsoft memberikan secara percuma versi terbaru Windows sebagai penaiktarafan kepada pengguna yang menggunakan sistem operasi dua generasi sebelumnya iaitu Windows 7 dan Windows 8.

Matlamat adalah untuk dengan segera mempunyai Windows 10 untuk menggerakkan sejuta peranti, yang mewujudkan bilangan besar peminat memujuk pemaju-pemaju untuk menghasilkan aplikasi mesti miliki bagi platform. Microsoft berharap untuk memecahkan kitaran yang mana para pengguna menjauhi Windows bagi telefon bimbit kerana ai tidak kurang katalog luas aplikasi yang ditemui pada platform saingan, yang menawarkan hati pengeluar aplikasi dari membentuk versi Windows.

Aplikasi kegemaran boleh meningkatkan populariti perkakasan dijana Windows yang dibuat oleh Microsoft dan rakan kongsinya dan menambah peluang bagi syarikat itu meraih keuntungan dari kegiatan online seperti pencarian, membeli belah dan perisian seperti perkhidmatan dalam cloud Internet.

Eksekutif Microsoft menerangkan mengenai sistem operasi terbaru Windows 10. – Reuters
Eksekutif Microsoft menerangkan mengenai sistem operasi terbaru Windows 10. – Reuters

“Kesemua ini menghala kepada membina hubungan, berhubung dengan anda.” Penganalisis Penyelidikan Forrester Frank Gillett berkata tentang Windows 10. “Mereka menjadikannya percuma supaya para pemaju membuat benda yang bagus. Dan kemudian mewujudkan hubungan yang sedang berjalan dan bukan hanya transaksi, yang sebegitu cara Microsoft beroperasi pada masa lalu.”

Microsoft telah membina empayarnya dengan perisian berpakej yang dijual kepada para pengeluar dan pengguna komputer. Windows masih menjadi sistem pengendalian utama bagi komputer peribadi tetapi telah gagal meraih kuasa tarikan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet yang didominasi oleh Android, Goggle dan iOS, Apple.