Harapan Murray, Roger ke final Wimbledon

Harapan Murray, Roger ke final Wimbledon

LONDON, 8 Julai – Bintang tempatan Andy Murray dan pemain pilihan sentimental Roger Federer akan mengharapkan penonton Gelanggang Tengah untuk memberikan sorakan gemuruh kepada mereka dalam pusingan final Wimbledon pada hari ini.

Kedua-dua pemain merancang akan menggunakan semangat muhibah kebanyakan 15,000 orang yang berada dalam arena terkenal itu untuk menewaskan saingan mereka iaitu Tomas Berdych dan Milos Raonic.

“Saya fikir ia dapat membantu. Itulah sebabnya adalah penting untuk menggunakan penonton, jika anda boleh, untuk kelebihan anda, kerana mereka memang memberikan perbezaan,” kata pemain pilihan kedua dan juara 2013 Murray.

“Dalam perlawanan panjang, perlawanan sukar, walaupun jika ia setengah peratus perbezaan, ia adalah baik. Saya cuba mendapatkan sokongan penonton seberapa banyak mungkin apabila saya bermain dalam kejohanan di tempat sendiri.”

Pada usia 34 tahun, Federer telah berusaha menjadi pemenang Wimbledon paling tua sejak Ken Rosewall pada tahun 1974.

p15-1_20160709

Dia juga mempunyai banyak sokongan penonton bersama sokongan selebriti senarai-A jika dia memenangi perlawanan suku akhirnya ke atas Marin Cilic.

David Beckham, Jack Nicklaus dan bintang Hollywood Bradley Cooper memerhatikan pemain Swiss itu menyelamat tiga mata penamat untuk menewaskan Cilic.

“Adalah hebat apabila orang seperti mereka keluar, atau Jack Nicklaus berada di sini. Saya sukakannya. Tokoh sukan, atau selebriti, ia menyeronokkan. Ia juga menaikkan kejohanan,” kata Federer.

“Satu-satunya perkara yang masih membuat saya gementar adalah apabila saya melihat legenda tenis duduk menyaksikan perlawanan saya. Saya rasa seolah-olah, “Baik bermain dengan cemerlang. Kamu tidak mahu mengecewakan mereka.”

Murray dan Federer berhasrat memelihara cengkaman ke atas pengaruh ‘Empat Besar’ sukan di Wimbledon yang telah bertahan sejak 2003. – AFP