Harapan O’Reilly berkecai

Harapan O’Reilly berkecai

pg23_160806_olympic logo

LONDON, 5 Ogos – Michael O’Reilly, harapan pemenang pingat tinju Olimpik Ireland, menghadapi penyingkiran dari Rio selepas gagal dalam satu ujian dadah, menurut laporan media di Ireland semalam.

Persatuan Tinju Amatur Ireland (IABA) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa seorang petinju Ireland tanpa nama telahpun digantung.

Persatuan Tinju Olah Raga Ireland (IABA) telahpun dimaklumkan oleh Sukan Ireland hari ini tentang pencabulan Peraturan Anti-Dadah Ireland yang dilakukan oleh salah seorang petunju dalam Unit Prestasi Tinggi kami,” kata kenyataan mereka.

“Demi mematuhi prosedur ketat yang dikenakan kepada hasil dapatan analitikal, atlet yang terbabit telahpun diberitahu dan telah digantung buat sementara waktu.

“Petinju boleh meminta untuk menguji sampel “B” tetapi tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan atau aktiviti sebelum selesainya siasatan di bawah Artikel 8 Peraturan Anti-Dadah Ireland.”

O’Reilly, yang memenangi kejuaraan middleweight Sukan Eropah pada tahun lalu di Baku, dijangka mengambil bahagian dalam pertarungan Olimpik pertamanya dalam 16 pusingan terakhir pada 12 Ogos selepas masuk secara automatik tanpa berlawan dalam pusingan pertama.

Petinju berusia 23 tahun itu menggilap peluang pingatnya dengan pingat gangsa dalam kejohanan dunia pada tahun lalu. – AFP