Harapan PSG 2016

Harapan PSG 2016

DOHA, 29 Dis – Blaise Matuidi daripada Paris Saint-Germain berkata semalam pemimpin French Ligue I telah menetap ‘objektif yang tinggi’ untuk tahun 2016 dan berhasrat berusaha seberapa boleh dalam Liga Juara-Juara.

Ketika bercakap di Doha pada kunjungan musim sejuk kelab di Qatar, Matuidi berkata PSG juga sedang bercita-cita untuk memecah lebih banyak rekod pada separuh musim kedua.

“Kami mempunyai objektif yang tinggi dan kami mahu mencatat prestasi hebat pada separuh musim kedua,” beritahunya kepada wartawan selepas sesi latihan selama 90 minit di ibu negara Qatar.

“Kami bermula dengan baik apabila berjaya memecah satu rekod tetapi kami mahu memecah lebih banyak rekod dengan liga dan, sudah tentunya, dengan liga juara-juara, matlamat kami adalah berusaha seberapa boleh.”

Bagaimanapun, dia menambah: “Terdapat satu perlawanan besar yang sedang menunggu kami.”

Pemain PSG, Blaise Matuidi bercakap kepada media semasa menjalani sesi latihan di Doha, Qatar kelmarin. – AFP
Pemain PSG, Blaise Matuidi bercakap kepada media semasa menjalani sesi latihan di Doha, Qatar kelmarin. – AFP

PSG telah seri dengan juara Inggeris Chelsea untuk musim ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara.

Chelsea menang pada tahun 2014 tetapi PSG membalas dendam dalam perlawanan pada musim lalu, sebelum disingkirkan oleh pemenang Barcelona.

Kali ini, PSG akan bermula sebagai pasukan pilihan bukan sahaja disebabkan prestasi mereka yang cemerlang tetapi disebabkan juara Inggeris itu telah mencatat prestasi suram sepanjang musim, tewas sembilan perlawanan dan buat masa sekarang menduduki tempat ke-15 dalam Liga Perdana Inggeris sebelum perlawanan terbaru pada lewat semalam.

Pemilik PSG dari Qatar berharap pembelian pemain Argentina Angel Di Maria daripada Manchester United pada musim panas dapat membantu mendorong mereka seterusnya pada 2016, dengan presiden Nasser Al-Khelaifi mengisytiharkan: “Kami semakin hampir dengan impian kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA