Harapan seekor badak sumbu

Harapan seekor badak sumbu

JAKARTA, 2 Nov (AFP) – Seekor badak sumbu Sumatera kelahiran AS tiba hari ini di tempat tinggal barunya di Indonesia, kata seorang pegawai, di mana diharapkan dia akan mencari seekor pasangan dan memberikan rangsangan kehidupan kepada spesies terancam.

Harapan, badak sumbu jantan berusia lapan tahun, tiba di sebuah pusat perlindungan badak di pulau Sumatera pada subuh selepas perjalanan lama daripada sebuah zoo di Cincinnati.

Seorang pegawai pemuliharaan biodiversiti di kementerian perhutanan Indonesia memberitahu AFP badak sumbu tersebut “sedang menyesuaikan diri dengan baik” selepas berjalan selama 36 jam menerusi perjalanan udara, laut dan darat untuk sampai ke taman negara.

Badak sumbu Sumatera kelahiran AS yang dipindahkan ke Indonesia. – Reuters
Badak sumbu Sumatera kelahiran AS yang dipindahkan ke Indonesia. – Reuters

“Dia sihat dan mempunyai selera yang baik,” beritahu Bambang Dahono Adji kepada AFP.

“Kami dapati dia memakan kesemua daun pada pagi ini. Disebabkan dia badak sumbu Sumatera, mungkin dia suka makanan tempatan, seperti nasi dan bukannya keju,” selorohnya.

Badak sumbu Sumatera adalah antara yang paling jarang ditemui di dunia, dengan hanya 100 ekor dipercayai masih wujud.

ARTIKEL YANG SAMA